Saturday, 3 October 2015

Kem Ibadah SMK Lubok China diteruskan

3 Oktober 2015
Sesi Petang
Sukaneka


Sesi Malam
Ceramah bertajuk Keperibadian Pelajar Muslim
bersama Ustaz Muhammad Najib
Terima Kasih diucapkan kepada kaunselor Asrama SMK Lubok China merangkap penyelaras Kem Ibadah pada kali ini, Encik Mohd Fairuz b Mohamad Rasip dari pagi tadi bertapa di asrama. Hanya Allah mampu membalas jasanya.

Cik Nurhidaya Bt Wasmon


Sumbangan Roti Cheese oleh Ustazah Zahriah bt Zuber

Mari Berpantun @ Masjid Tanah

3 Oktober 2015

Pertandingan Mari Berpantun  @ Masjid Tanah yang diadakan di Perpustakaan Masjid Tanah. Pertandingan ini melibatkan guuru-guru SMK Lubok China iaitu Puan Maimunah Binti Kassim, Puan Dayang Kusnah Binti Tail dan Puan Syarifah Binti Kahar bersama Puan Hjh Nubah Binti Aton yang merupakan mantan pengetua SMK Lubok China (Jan 2005 - Februari 2006). Nama pasukan pantun iaitu Mawar Jingga membawa tuah kepada mereka kerana mendapat Johan Pantun Kawasan Masjid Tanah. Tahniah

Pasukan Mawar Johan Pantun Kawasan Masjid Tanah

Video-Video Pantun Mawar Jingga

Keratan Akhbar


Kem Ibadah : Kursus Haji, Teori dan Praktikal


Program Kem Ibadah ini bermula 3 Oktober 2015 hingga 4 Oktober 2015 melibatkan penghuni Asrama SMK Lubok China. Program ini dimulakan dengan Program Kursus Haji, Teori dan Praktikal.

Disampaikan oleh Ustaz Helmi Bin Athar
Praktikal Sa'ie


Perlawanan Badminton Persahabatan

Tarikh : 2 Oktober 2015
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan SMK Lubok China

Perlawanan Badminton Persahabatan ini berlangsung antara pasukan Kelab Badminton SMK Lubok China dan Kelab Badminton Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bangi. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan dan menjayakan perlawanan tersebut.



Friday, 2 October 2015

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat 2015

01 Oktober 2015

Majlis ini melibatkan ibu bapa dan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2015. Solat Hajat dan bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Hafiz dari SK Demang Taha. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua agar pelajar-pelajar mendapat kemudahan menduduki peperiksaan dan mendapat kejayaan yang diharapkan.  اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



Bengkel Bijak Reka Cipta Peringkat PPD, Alor Gajah

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) 2015

Bengkel Bijak Reka Cipta Peringkat PPD, Alor Gajah Bagi Program Transformasi Daerah (DTP) Tahun 2015

Tarikh      : 30 September 2015 (Rabu)
Masa        : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat        : Bilik Tayang, SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah
Penceramah : En Zainal b Ali (JU Reka Cipta Kebangsaan)
Sekolah yang terlibat : 
      1. SMK Ghafar Baba, 2. SMK Lubok China 3. SMK Dato’ Dol Said
      4. MRSM Alor Gajah 

LAPORAN AKTIVITI

Pendaftaran dan taklimat ringkas oleh En. Molkan b Mohamad Yusof, Ketua Pentaksir Negeri Melaka juga merupakan GKMP Teknik Vokasional SMK Ghafar Baba selaku tuan rumah Bengkel Bijak RC. Taklimat ini telah diberikan oleh En Zainal b Ali dari SMK Datuk Bendahara yang merupakan JU RC Kebangsaan. Beliau tlah memberikan tugasan yang pertama kepada peserta iaitu membina peta minda berdasarkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam silibus Reka Cipta. Setelah itu beliau membincangkan tentang kesalahan-kesalahan yang kerap dibuat oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan. Aktiviti di tambah lagi dengan memberikan beberapa latihan kepada setiap peserta menggunakan set-set soalan RC SPM sebenar yang telah keluar pada tahun-tahun lepas dan membantu peserta yang kurang faham tentang kehendak soalan tersebut. Penutup Adalah diharapkan agar “Bengkel Bijak RC” ini dapat diteruskan dan dibuat setiap tahun bagi meningkatkan prestasi RC calon-calon SPM daerah Alor Gajah.

Gambar dan Laporan disediakan oleh Puan Syarifah bt Kahar


Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2015 & Jerebu oh jerebu (Part 2)

29 September 2015

Pertandingan berlangsung di Panggung Seri Taman Budaya Negeri Melaka yang dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj Md Yunos Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi. Tahniah kepada guru penasihat kelab 1 Malaysia iaitu Maimunah bt Kassim, Noor'aishah bt Abdul Karim dan Muhammad Zakaria b Abdul Hadi dan pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut.



Jerebu oh jerebu (Part 2)

29 September 2015
Untuk kali ke dua sekolah diarahkan bercuti akibat jerebu. Bagi pelajar mungkin khabar ini agak menggembirakan mereka tapi di pihak guru mungkin sedikit cemas kerana peperiksaan yang semakin hampir. Kalau dah selalu sangat cuti cuti Melesia bimbang pulak syllabus tak habis.