Dasar Kokurikulum

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1    Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan  gelaran Guru Penasihat dan hendaklah dilantik secara bertulis.
1.2       Semua guru akan melibatkan diri dalam tiga bidang berikut:-
- Unit beruniform
- Kelab/persatuan
- Sukan/permainan
1.3       Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti  berikut:-
- Membuat analisis SWOT, perancangan strategik pelan taktikal dan pelan
operasi.
- Menggubal perlembagaan
- Melantik jawatankuasa
- Merekod kehadiran murid
- Membuat penilaian kokum 10 %
- Mengisi borang maklumbalas selepas sesuatu pertandingan/ penyertaan dalam tempoh masa seminggu

DASAR 2 : PENYERTAAN MURID
2.1   Semua murid diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut:-
- Unit Beruniform
- Kelab/persatuan
- Sukan/permainan
2.2   Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah. Setiap murid akan diberikan sekurang-kurangnya satu pilihan utama mereka.
2.3     Setiap murid diwajibkan hadir pada setiap kali kegiatan dijalankan berdasarkan jadual yang telah diberikan.
2.4     Murid-murid yang telah mendapat bantuan pakaian seragam perlu kekal dalam unit beruniform dan memakainya pada setiap hari Selasa.
2.5  Murid-murid yang mempunyai kemahiran/ kebolehan tertentu amat digalakkan menyertai kelab/persatuan yang berkaitan.
2.6     Murid yang bermasalah disiplin serius tidak akan dibenarkan untuk mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan atau aktiviti / sukan /kokum.
2.7     Keputusan pencapaian Kokurikulum akan dicatatkan pada slip keputusan akademik pada akhir tahun.

DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN
3.1     Perjumpaan bagi unit beruniform dan kelab/persatuan akan diadakan di sekolah pada hari Selasa dan Rabu. Masa perjumpaan adalah mengikut pecahan masa yang berikut:
Unit Beruniform & Kelab/Persatuan – Hari Rabu (7.35 pagi – 8.35 pagi)
Sukan dan Permainan – Hari Selasa (3.00 petang – 4.30 petang)
* Tertakluk pada perubahan
3.2       Kegiatan kokurikulum akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut.
- Cuaca (hujan lebat atau ribut petir)
- Masalah Wabak Penyakit & Keselamatan
- Acara rasmi yang berlangsung di sekolah
- Atas arahan Pengetua / PPD / JPN/ KPM
3.3   Setiap hari Rabu, dua waktu akan diperuntukkan untuk aktiviti perjumpaan unit beruniform/ kelab/ persatuan. Semua murid perlu memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing untuk aktiviti pada hari Rabu secara bergilir – gilir (tertakluk kepada perubahan)

DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH
4.1    Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat Daerah dan Negeri adalah bergantung kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
4.2     Pihak sekolah akan berusaha untuk mencungkil dan memperkembangkan bakat murid ke tahap yang lebih tinggi melalui
- Latihan yang bersistematik
- Kelengkapan yang sempurna
- Pertandingan dalaman
- Penyertaan yang aktif
4.3   Murid akan diberikan elaun makan/ wang saku seperti berikut (tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa):
i. peringkat daerah RM 4.00 sehari
ii. peringkat negeri RM 30.00 sekaligus
iii. peringkat kebangsaan RM 50.00 sekaligus.
iv. peringkat antarabangsa RM 100.00 sekaligus.
Semua tuntutan harus dibuat selewat-lewatnya dua minggu selepas aktiviti / pertandingan.

DASAR 5 : PENGHARGAAN
5.1       Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama sekolah melalui pertandingan seperti berikut :
Peringkat
Pencapaian & Hadiah
Johan
Naib Johan
Tempat Ke-3
Daerah
Sijil dan
RM 20.00
Sijil dan
RM 15.00
Sijil dan
 RM 10.00
Negeri
Sijil dan
RM 50.00
Sijil dan
RM 30.00
Sijil dan
RM 20.00
Kebangsaan
Sijil dan
RM 100.00
Sijil dan
RM 80.00
Sijil dan
RM 60.00
Antarabangsa
Sijil dan
RM 300.00
Sijil dan
RM 200.00
Sijil dan
RM 150.00

5.2       Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama sekolah melalui penyertaan seperti perkhemahan dan sebagainya :
Peringkat
Hadiah
Negeri
Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Kebangsaan
Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Antarabangsa
Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)

5.3       Anugerah pencapaian terbaik keseluruhan untuk kategori seperti di bawah :
Bahagian
Murid Lelaki Terbaik
Murid Perempuan Terbaik
Pasukan Terbaik
Sukan Permainan
Sijil , Piala dan RM 100.00
Sijil, Piala dan
RM 100.00
Sijil dan
RM 300.00
Kelab Persatuan
Sijil , Piala dan RM 100.00
Sijil, Piala dan
RM 100.00
Sijil dan
RM 300.00
Unit Beruniform
Sijil , Piala dan RM 100.00
Sijil, Piala dan
RM 100.00
Sijil dan
RM 300.00

5.4       Anugerah Pecah Rekod Dalam Sukan Tahunan Sekolah
Acara
Hadiah
Perseorangan
Sijil dan RM 30.00
Berpasukan
Sijil dan RM 20.00 setiap peserta

5.5       Anugerah papan kenyataan terbaik
Johan
Naib Johan
Tempat Ketiga
Sijil dan RM 150.00
Sijil dan RM 100.00
Sijil dan RM 50.00


No comments:

Post a Comment