Tuesday, 2 February 2016

Maulidur Rasul Asrama

14 Januari 2016 - Surau Asrama SMK Lubok China


Rabiulawal bulan yang mulia
Terkenang kita rasul pilihan
Nabi Muhammad pemimpin umat
Membawa rahmat membawa berkat
Ya Rasulallah ya habiballah
Ya Rasulallah ya habiballah

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Asrama telah dijalankan di Surau Asrama SMK Lubok China pada 14 Januari 2016 yang lepas. Antara pengisian program yang dijalankan ialah Bacaan Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Haji Tarmizi Bin Razali, Mari Berselawat yang dipimpin oleh warga aspura dan Ceramah Maulidur Rasul yang juga disampaikan oleh Ustaz Haji Tarmizi Bin Razali.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Puan Hajah Nor Azizah Binti Alias, GPK HEM SMK Lubok China, Pengurusan Asrama dan rakan-rakan guru.

Bacaan Yaasin & Tahlil

Mari Berselawat
     
Ceramah Maulidur Rasul


Monday, 1 February 2016

Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Asrama

Pada 3 hingga 10 Januari 2016 telah diadakan Program Minggu Orientasi Pelajar Asrama yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai kehidupan asrama serta merapatkan hubungan silaturrahim antara penghuni asrama baru dan lama.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran yang diadakan pada 3 Julai 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada minggu orientasi ini antaranya sesi ice breaking, pengenalan biro kepimpinan asrama, menara impian, Running Man, Explorace, Malam Kebudayaan, Gotong-Royong dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan pada waktu riadah petang dan diteruskan pada waktu malam.

Program ini berakhir pada 10 Januari 2016 dan telah dirasmi penutup oleh Tuan Haji Hussin Bin Sirun, Pengetua SMK Lubok China. Antara yang turut serta pada program ini ialah Puan Hajah Nor Azizah Binti Alias, GPK HEM, barisan warden dan juga rakan warden.

Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini.


Pendaftaran
Sesi Taklimat & Pengenalan Biro
Running Man
Menara Impian
Explorace
Latihan Malam Kebudayaan
Malam Kebudayaan
Majlis Penutup Dirasmikan Oleh Tuan Pengetua

Wednesday, 27 January 2016

Gotong Royong Perdana

9 Januari 2016 (Sabtu)

Aktiviti Gotong Royong berjalan dengan jayanya hasil gabungan usaha warga sekolah keseluruhannya bagi menghasilkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.


Wednesday, 13 January 2016

Program Maulidur Rasul dan Sumbangan "Back To School"

8 Januari 2016 (Jumaat) - Dewan SMK Lubok China


Ceramah Maulidur Rasul
oleh Ustaz Mohd Tarmizi Bin Razali
Program Sumbangan "Back To School"
oleh En. Adan Bin Ibrahim

Warga SMK Lubok China bertungkus lumus membungkus makanan untuk pelajar
Antara Penerima Sumbangan
"Back To School"
Tahniah atas sumbangan Encik Adan Bin Ibrahim kepada pelajar-pelajar SMK Lubok China yang kurang bernasib baik. Tidak dilupa rakan-rakan yang menjayakan program ini. 

Wednesday, 6 January 2016

PROGRAM BERSAMA POLIS


Program "BACK TO SCHOOL" di jalankan serentak seluruh Malaysia pada 4 Januari sempena hari pembukaan sekolah seluruh Malaysia.


Pegawai yang bertanggung jawab dalam program ini ialah PPS INSP Awang Hamad bin Abdullah.







Monday, 4 January 2016

Selamat Kembali ke Sekolah

2 Januari 2016 - Pendaftaran Pelajar


Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua,
Tuan Hj Hussin Bin Sirun

Mesyuarat Kali Pertama 2016

31 Disember 2015
Mesyuarat di Bilik Gerakan SMK Lubok China
Selamat Datang Guru Baru SMK Lubok China

1. PN FAZILA BINTI AHMAD JAKHISI
2. EN AMIRRUDIN B MOHAMAD
3. CIK SAMIAH BT JUNUS
4. PN NOR FARHANA BT ABDULLAH
5. EN MD HADUN BIN MUSA
6. PN SITI JALILAH BT SHARIB (GPK PENDIDIKAN KHAS)

Selamat Bertugas di Tempat Baru

1. Cik Nurhidaya bt Wasmon
2. En. Mohd Shahrani b Ibrahim
3. Pn. Amirah bt Abas
4. En Ismail b Ahmad