Tuesday, 2 February 2016

Majlis Perpisahan Cikgu Ismail Bin Ahmad

29 Januari 2016 - Dewan SMK Lubok China

Majlis perpisahan ini diadakan khas untuk Cikgu Ismail Bin Ahmad, mantan, GPK Pendidikan Khas SMK Lubok China. Beliau telah meneruskan khidmat di SMK Rahmat pada 1 Januari 2016. Beliau mula berkhidmat di SMK Lubok China pada tahun 2000.

Majlis dimulakan dengan paluan kompang oleh pelajar asrama. Antara yang turut hadir pada majlis ini ialah Encik Borhan Bin Mis, YDP PIBG SMK Lubok China. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar pendidikan khas. Semoga Cikgu Ismail Bin Ahmad terus cemerlang di tempat baru.


Latihan Kawad Kaki bersama PLKN

27 Januari 2016 - Padang SMK Lubok China

Aktiviti Kokurikulum diteruskan lagi dengan latihan kawad kaki yang dikelolakan oleh PLKN sempena perjumpaan badan beruniform kali kedua. Semua pelajar SMK Lubok China terlibat dengan aktiviti tersebut.

Program Guru Penyayang dan Jom Sekolah

25 Januari 2016





Slmat hr lahir smua warga Smk Lubokchina Lubok China yg lahir pd bln januari......

Posted by Syarifah Kahar on Sunday, January 24, 2016

Gotong Royong Asrama

23 Januari 2016

Seluruh warga asrama SMK Lubok China bersama-sama menjayakan Gotong Royong asrama tidak lain tidak bukan bertujuan mewujudkan suasana bersih dan ceria serta melahihirkan semangat bekerjasama dan bersepadu dalam kalangan warga Asrama SMK Lubok China.

Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ARPRM

20 Januari 2016

Taklimat program ARPRM untuk pelajar-pelajar SMK Lubok China dan para oleh Encik Azrizal Bin Zainal yang merupakan salah seorang Pemimpin ARPRM di SMK Lubok China.

Projek Meja Bermaklumat

17 Januari 2016 - Kantin SMK Lubok China

Hasil usaha Cikgu Nurhanim Binti Hashim, Cikgu Dayang Kusnah Binti Tail, Cikgu Nurfatin Liyana Binti Zainol, Cikgu Rosmah Binti Ja'apar dan pengawas PSS telah merealisasikan projek Meja Bermaklumat di kantin SMK Lubok China. Tidak dilupa Cikgu Maimunah binti Kassim yang memberi sumbangan kain Skirting. 


Projek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

16 Januari 2016

Projek PSK ini adalah di bawah bimbingan Cikgu Maimunah Binti Kassim bersama para pelajar dan pekerja am SMK Lubok China. Terima kasih  atas sumbangan tenaga semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.