Tuesday 22 November 2022

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU PERMATA HATI TAHUN 2022 (PELAJAR SPM & STPM)

 PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU PERMATA HATI TAHUN 2022

 PELAJAR SPM & STPM

TARIKH : 4 NOVEMBER – 5 NOVEMBER 2022 (JUMAAT DAN SABTU)

TEMPAT : PUTERI BAY HOTEL, PANTAI PUTERI, MELAKA

Kecemerlangan seseorang insan bukan sahaja melalui kepintaran kognitif malah kebijaksanaan mengawal emosi ketika menyelesaikan sesuatu masalah juga diberi perhatian. Di peringkat sekolah, prestasi akademik menjadi ukuran kecemerlangan seseorang murid. Di dalam membina keupayaan tersebut, taraf hidup kadang kala menjadi halangan murid untuk maju. Usaha dan perhatian bersama pihak sekolah terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar SMK Lubok China diharap akan dapat mendatangkan hasil.