Tuesday 29 September 2015

LADAP : Aplikasi HRMIS

29 September 2015


Taklimat Aplikasi HRMIS disampaikan oleh
En Visava Nathan a/l Matchap

24 September 2015



23 September 2015


Monday 21 September 2015

Bengkel Cuti-Cuti Belajar 2

21 September 2015
Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM
bersama Encik Md Muzaini Said
Kelas Tambahan Bahasa Inggeris PT3

Bengkel Teknik Menjawab
Kemahiran Hidup
Bengkel Matematik SPM

Saturday 19 September 2015

Bengkel Cuti-Cuti Belajar 1

19 September 2015

Bengkel PT3 Matematik & Sains (Kehadiran : 123/163)


Sumber Gambar : Puan Noor Hayati bt Aliasan & En Visava Nathan a/l Matchap
Bengkel Matematik & Sains PT3 berjalan lancar. Terima kasih kepada guru yang terlibat
En Visava Nathan a/l Matchap
GPK Pentadbiran SMK Lubok China

Kelas Matematik Tambahan 5ST & 5 RKA bersama Cikgu Norita bt Yaacob

Sumber Gambar : En Visava Nathan a/l Matchap
Terima Kasih kepada Cikgu Norita
En Visava Nathan a/l Matchap
GPK Pentadbiran SMK Lubok China


Majlis Penutup Sambutan Bulan kemerdekaan

18 September 2015

Kemerdekaan telah dicapai negara sejak tahun 1957. Melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan, para pelajar dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia. Selain itu semua pelajar juaga dapat menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara pada masa depan.

Sekalung tahniah kepada bidang kemanusiaan dan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan. Tidak dilupa para pelajar yang menyertai pelbagai pertandingan dengan jayanya.

MERIAH
TAHNIAH


LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN 2015 : SEHATI SEJIWA

Sumber Gambar : Puan Syarifah bt Kahar

Friday 18 September 2015

Kem Kecemerlangan Bahasa Arab SPM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2015

17 September 2015

Kem ini diadakan di SMK Ghafar Baba melibatkan pelajar yang mengambil kertas Bahasa Arab SPM 2015. Semoga dengan kehadiran calon-calon Bahasa Arab SPM SMK Lubok China dapat membantu mereka mendapatkan keputusan yang cemerlang. Pelajar-pelajar 5 RKA ini diiringi oleh Ustazah Noraini bt Mohamad dan Ustaz Mohd Khir b Maarum.



Thursday 17 September 2015

Program Sayangi Remaja Kita 2015

17 September 2015

Program dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lubok China di bawah kelolaan Encik Mohd Fairuz Bin Mohamad Rasip. Antara pengisian program ini adalah slot-slot ceramah dari pihak Penjara, LPPKN dan IPD Alor Gajah. Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Semoga pelajar-pelajar yang turut serta mendapat input berguna untuk menempuh cabaran kehidupan yang mendatang.

SLOT 1
TUAN GANESON PILLAY
(PEGAWAI PENJARA)

SLOT 2
ENCIK MOHD ZAKRI BIN RIHAN
(LPPKN)

SLOT 3
INSPEKTOR AWANG
(IPD ALOR GAJAH)
Sumber Gambar : Encik Mohd Fairuz b Mohamad Rasip
                           Puan Mazlaini bt Mohamed Dali

Wednesday 16 September 2015

#sehatisejiwa

Projek Patriotisme Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Lubok China 2015

Dua projek patriotisme iaitu mural dan bendera malaysia #SEHATI SEJIWA telah dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan 2015 hasil initiatif dan cetusan idea Encik Mohd Shahrani Bin Ibrahim (Mural) dan Puan Syarifah Binti Kahar (Bendera Malaysia) dengan bantuan pelajar-pelajar 4SI2.

Bendera Malaysia #SEHATI SEJIWA ini telah dibina menggunakan bahan utamanya iaitu tempurung kelapa dan telah mengalami beberapa proses sehingga menjadi satu bendera malaysia yang lengkap.

MELICINKAN TEMPURUNG

PENYEDIAAN TAPAK

MENYUSUN TEMPURUNG
 MENGECAT
UNDERCOAT
BULAN DAN BINTANG
SENTUHAN TERAKHIR
Tahniah kepada guru-guru pembimbing dan pelajar-pelajar serta individu yang terlibat dalam menjayakan kedua-dua projek ini. Anda semua HEBAT CEMERLANG.

Perasmian ZOOMERS Kelab Doktor Muda

Perasmian Zoomers Kelab Doktor Muda Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 15 September 2015

Tempat : SBPI Selandar
Dirasmikan oleh : Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan

Program ini dihadiri oleh Tuan Pengetua, Tuan Hj Hussin Bin Sirun dan GPK Kokurikulum, Puan Sepiah Binti Ibrahim. Tuan pengetua telah bersetuju untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda atau 'Zoomers' di SMK Lubok China pada tahun hadapan. Nantikan kemunculannya.


Sumber gambar : Puan Sepiah bt Ibrahim

Selamat Hari Malaysia


Majlis sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia telah diadakan di Dewan Terbuka Asrama SMK Lubok China pada 14 & 15 September 2015 jam 9.00 malam.



BBQ
 PERSEMBAHAN PELAJAR


Tahniah kepada seluruh warga asrama SMK Lubok China. Semoga usaha kalian diberkati Allah swt.


Kami anak Malaysia

Berbangga menjadi wargamu
Menyantun budi tinggi pekerti
Kami adalah warisanmu
Menggegar bumi menabur bakti
Menyemai kasih tidak berbelah bahagi
Kami adalah generasimu
Berdiri tegak mempertahankan tanah airku




Tuesday 15 September 2015

Jerebu oh jerebu


Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Puterajaya. Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada hari Selasa ekoraan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200. Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya.
Bacaan IPU di laman web jabatan Alam Sekitar menunjukkan lokasi terbabit mencatatkan tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.



Suasana lengang di sekolah hari ini,.. hanya kereta guru yang memenuhi Dataran Bestari.


Sunday 13 September 2015

Program Khidmat Masyarakat

Program Khidmat Masyarakat (11 - 13 September 2015)


Program anjuran ARPRM ini telah mengadakan lawatan ke Rumah Bakti Bait Al Amin, Perak.
Tahniah kepada para peserta terutama guru-guru pembimbing yang sanggup meluangkan masa cuti hujung minggu untuk bersama pelajar. Semuga usaha diberkati Allah swt.







Saturday 12 September 2015

Latihan Renang PKBM (Laut) Peringkat Negeri Melaka

Sabtu, 12 September 2015

Latihan renang ini diadakan di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Hang Jebat yang disertai 26 kadet (lelaki) PKBM laut SMK Lubok China dan 29 kadet (perempuan) SMK Tun Tuah dengan bimbingan jurulatih seramai 7 orang dari KD Sri Gombak, Tentera Laut Di Raja Malaysia.

Tahniah kepada para jurulatih, guru-guru dan para peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan latihan renang ini.


Bengkel Teknik Menjawab

Sabtu 12 September 2015

Bengkel teknik menjawab soalan  Pendidikan Islam Tingkatan 5


Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hj Abdullah Tahir dari SMK Jelai, Negeri Sembilan.
Tahniah buat Panitia Pendidikan Islam. Semoga pelajar mendapat ilmu yang bermanafaat.

Bengkel Seni Visual STPM 970/1 Kertas Teori


Bengkel diadakan di SMK Dato' Hj Talib Karim, Alor Gajah, Melaka. Semoga pelajar memperoleh kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi tidak lama lagi.

TAHNIAH


Tahniah atas pelantikan
Tuan Haji Ibrahim Bin Hassan
sebagai GKMP Bahasa
SMK Lubok China

Kemuncak Hari Kokurikulum (10 September 2015)

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari Kokurikulum SMK Lubok China 2015 yang dilancarkan pada 14 Ogos 2015 sehingga hari kemuncaknya pada 10 September 2015. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari kokurikulum antaranya pertandingan catur, sahibba, karom, scrabble, congkak, melukis, memasak, sepak raga bulatan, ping pong dan spell it right.

Antara pengisian pada hari kemuncak hari kokurikulum ini ialah pertandingan kawad kaki, pameran badan beruniform dan agensi luar serta gerai jualan yang dikelolakan oleh kelab dan persatuan di SMK Lubok china.

Majlis penutup hari kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Encik Hameed Bin Mk. Basheer, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI


GERAI JUALAN


PAMERAN BADAN BERUNIFORM



MAJLIS PENUTUP


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah , Hari Kokurikulum telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat samada jawatankuasa mahupun guru-guru penasihat yang menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti pameran dan gerai jualan.

SMK LUBOK CHINA HEBAT CEMERLANG

Puan Sepiah Binti Ibrahim
GPK Kokurikulum SMK Lubok China

Taklimat Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Teknik (SMT) 2016 (11 SEPT 2015)

Satu taklimat kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Teknik (SMT) 2016 telah diadakan di dewan SMK Lubok China pada jam 11.00 tengahari untuk semua pelajar Tingkatan 3 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. 



Pelajar yang berminat boleh ke link berikut:
http://www.mysumber.com/permohonan-2015-kolej-vokasional-kv-dan-sekolah-teknik-smt.html

Diharapkan guru-guru dapat membantu pelajar untuk akses ke laman tersebut jika ada pelajar yang memerlukan bantuan.
Semoga para pelajar bijak memilih hala tuju masa hadapan mereka kerana bidang T&V juga menjanjikan masa depan yang cerah buat pelajar. Tabarakallah.