Tuesday 29 March 2016

Mesyuarat PIBG

26 Mac 2016 - Dewan SMK Lubok China

Mesyuarat PIBG telah diadakan melibatkan warga SMK Lubok China dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan penjaga para pelajar. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Zaini Bin Ibrahim dari Pengarah IRZI SDN BHD yang turut memberi sumbangan sebanyak RM 20000 kepada PIBG SMK Lubok China.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyampaian sijil penyertaan kepada AJK PIBG sesi 2014/2016, penyampaian anugerah cemerlang kepada para pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam PT3, SPM dan STPM 2015, cabutan bertuah dan juga acara kemuncak iaitu mesyuarat PIBG.

Ibubapa dan penjaga juga turut berpeluang untuk mengetahui keputusan ujian 1 anak masing-masing di kaunter yang telah disediakan. 


Penyampaian Penghargaan AJK PIBG
Pelajar Cemerlang 2015
Pelajar Cemerlang 2015
Antara Ibubapa yang hadir
Penyerahan Sumbangan
Mesyuarat PIBG

Ladap VLE Frog

23 - 24 Mac 2016 - Makmal ICT SMK Lubok China

Pada 23 dan 24 Mac 2016 warga pendidik SMK Lubok China telah menyertai Latihan dalam Perkhidmatan tentang Pembinaan Siates menggunakan VLE Frog. Ladap ini dikelolakan oleh unit pembestarian ICT SMK Lubok China. Program ini dijalankan selama dua hari, bidang sains dan matematik dan bidang kemanusiaan pada 23 Mac 2016 (Rabu) manakala bidang bahasa dan bidang teknik dan vokasional  pada 24 Mac 2016 (Khamis).

Friday 25 March 2016

Lawatan Pengarah JPN Melaka ke SMK Lubok China

24 Mac 2016

Lawatan Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari, Pengarah JPN Melaka ke SMK Lubok China


Tuesday 22 March 2016

Solat Sunat Gerhana

9 Mac 2016 - Dewan SMK Lubok China

Gerhana Matahari merupakan suatu fenomena alam yang jarang-jarang berlaku dan menjadi salah satu bukti kekuasaan Allah terhadap hamba-hambanya. Sehubungan dengan itu unit kerohanian telah menganjurkan program solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Khir Bin Maarum. Seluruh warga SMK Lubok China beragama islam tidak melepaskan peluang menyertai program tersebut. Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha.


Kursus Asas EV3 Kelab Rekacipta Robotik SMK Lubok China

8 Mac 2016 - Makmal ICT SMK Lubok China

Kursus yang julung kali diadakan melibatkan 6 orang pelajar terpilih dari kelab robotik dan guru-guru penasihat kelab rakacipta robotik SMK Lubok China. Kursus ini disampaikan oleh Encik Adam Bin Awang Yussof, Senior Robotics Education Trainer dari SASBADI Learning Solutions Sdn. Bhd. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan dengan EV3 dari segi pemasangan, aplikasi dan pengaturcaraan. Turut hadir dalam kursus ini ialah Encik Hussin Bin Sirun, pengetua SMK Lubok China.


Sukan Awalan

7 Mac 2016



Gotong-royong National Blue Ocean Strategy (NBOS) My Nature 2016

5 Mac 2016 - Tanjung Tuan


Program Gotong-royong National Blue Ocean Strategy (NBOS) My Nature 2016 yang dilaksanakan di kawasan Tanjung Tuan baru-baru ini. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Ar Hj Ismail bin Othman EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Negeri Melaka. Terima kasih kepada YBhg Datuk Lim Chong Beng dan warga Tourism Melaka. Hadir bersama, Encik Ahmad Azlan bin Ahmad Saleh SU MPAG, Ahli Majlis Kawasan, Ketua-ketua Jabatan / Unit dan warga MPAG.



Warga SMK Lubok China juga tidak melepaskan peluang dalam menjayakan program tersebut melibatkan ahli kelab rakan muda, pencinta alam dan geografi.



LADAP - Pengurusan Kesihatan dan Pengurusan Emosi

5 Mac 2016 - Institut Koreksional Jabatan Penjara Melaka


Pemeriksaan Kesihatan

Monday 21 March 2016

Kem Kepimpinan Pengawas 2016

4-6 Mac 2016 - Institut Koreksional Penjara Melaka

Kem Kepimpinan ini telah diadakan melibatkan 55 orang pelajar yang kebanyakannya merupakan pemimpin-pemimpin baru SMK Lubok China 2016 dan 14 orang urusetia dari tingkatan 6. Modul kepimpinan yang disediakan adalah dari pihak PLKN Kem Bitangor Negeri Sembilan.

Kem kepimpinan ini bertujuan melahirkan pemimpin yang berketerampilan tinggi dalam menjalankan amanah yang dijalankan. Program ini juga dapat menyemai semangat kerjasama dan dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.