Friday 29 April 2016

Al-Fatihah.....

Warga Smk Lubokchina Lubok China sedang berduka cita atas kehilangan salah seorg anak smklc petang semalam dalam kemalangan jln raya d hadapan sekolah...
Majlis bacaan yaasin di ketuai oleh al-fadhil ustz Daniel b Othman
Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan para syuhada...
Amin.......

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209811572074907&id=1500356835



Friday 1 April 2016

Majlis Persaraan Cikgu Jasni

31 Mac 2016

Sekalung penghargaan buat Tuan Hj Jasni Bin Abdul Rahman yang bersara pada 31 Mac 2016. Beliau telah berkhidmat di SMK Lubok China lebih 30 tahun dan SMK Lubok China merupakan satu-satunya sekolah tempat beliau berkhidmat. Jasa dan bakti beliau dalam mendidik anak bangsa tidak dapat dilupakan. Terima Kasih Cikgu.




Sambutan di peringkat Sekolah



Hotel Ilham Port Dickson

Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2015

30 Mac 2016 - Dewan Auditorium Kompleks Al-Falak Al-Khawarizmi

Majlis ini telah berlangsung Kompleks Ai-Khawarizmi di mana seramai 311 orang penjawat awam sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tersebut. 7 orang guru dan seorang staf sokongan SMK Lubok China adalah antara yang mendapat anugerah ini.

Pn Hadijah Binti Sabtu (GKMP Teknik Vokasional)
Pn Rosmah Binti Ja'apar
Ustazah Noraini Binti Mohamad
Pn Shalina Binti Mohd Sharif
Cik Intan Safina Binti Ismail
En Mohd Nasrun Bin Abdul Karim
En Azrizal Bin Zainal
Pn Bushro Binti Yashak (Pembantu Tadbir)