Thursday 29 October 2015

Taklimat Penskoran PT3 Kemahiran Hidup Bersepadu (Teknikal)

28 Oktober 2015 - Bilik Gerakan

Mesyuarat bermula 2.00 petang
Mesyuarat penandaan Kemahiran Hidup Pilihan Teknikal jam 2.00 petang. 
الحَمْد لله
 بارك الله

HARI KUALITI 2015

Sambutan Hari Kualiti 2015

Perasmi :
YB Senator Datuk Zali Bin Mat Yasin
Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia
Majlis bermula jam 11.00 - 1.30 tgh
Penyumbang Rayaton tertinggi
Persembahan Pelajar
Wajah-wajah Hebat Cemerlang
Tahniah pelajar sifar ponteng
Wajah-wajah Hebat Cemerlang
Wajah-wajah Hebat Cemerlang
Wajah-wajah Hebat Cemerlang
Tahniah Guru Harapan & Guru Cemerlang
"Kejayaan kamu di dunia hanya hebat jika gemanya terus berbunyi di akhirat" - Dr Anwar Fazal

Wednesday 28 October 2015

Taklimat Penskoran PT3 Pendidikan Islam & Mesyuarat PBS bagi Ketua Panitia

28 Oktober 2015




28 Oktober 2015

Mesyuarat PBS untuk ketua-ketua panitia dipengerusikan oleh En Visava Nathan a/l Matchap

Bengkel Perdagangan

28 Oktober 2015 - Dewan Besar SMK Lubok China

Bengkel ini disampaikan oleh Puan Sepiah Binti Ibrahim, GPK Kokurikulum SMK Lubok China khas untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.


Majlis Restu Ilmu : Calon SPM & STPM

28 Oktober 2015 - Dewan Besar

"Pelajar Berjaya, Sekolah Ternama, Ibu Bapa Gembira" yang merupakan motto Majlis Restu Ilmu ini yang diadakan bertujuan mendidik pelajar SMK Lubok China bahawa restu guru-guru yang telah mendidik mereka adalah penting agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah s.w.t

SPM : 2 NOVEMBER - 7 DISEMBER 2015
BIL CALON : 167
CALON SEKOLAH : 166
CALON MENUMPANG : 1

STPM : 3 - 27 NOV 2015
BIL CALON : 52

Sunday 25 October 2015

Fit Malaysia Melaka Cergas 2015

25 Oktober 2015

Program ini telah berlangsung di Memorial Kemerdekaan Bandar Hilir Melaka pada jam 7.30 pagi. Tahniah kepada Tuan Hj Muhammad Zakaria Bin Abdul Hadi dan Puan Saridah Binti Mohamad kerana telah menguruskan para pelajar bagi menjayakan program tersebut.



Kursus Kenaikan Pangkat Koperal Pasukan Kadet Bomba Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Alor Gajah

20-22 Oktober 2015

Seramai 4 orang kadet bomba SMK Lubok China telah menyertai kursus tersebut dan telah ditauliahkan pangkat KOPRAL. Kadet-kadet tersebut ialah :

1. Najah Najihah Binti Hj Mohd Ali
2. Nurul Sophia Binti Hj Haizad
3. Muhammad Saiful Ajwad Bin Jasmi
4. Muhammad Salihin Bin Salmi

Semoga dengan pentauliahan pangkat KOPRAL ini dapat menjadikan Pasukan Kadet Bomba SMK Lubok China terus cemerlang.

Guru Pengiring : Cik Nurfatin Liana bt Zainol
Majlis Pentauliahan Pangkat KOPRAL

Jamuan Akhir Tahun Asrama 2015

17 Oktober 2015 - Hotel Avillion Legacy Melaka

Program ini sudah menjadi tradisi bagi warga Asrama SMK Lubok China. Selain itu, program ini juga diadakan bagi meraikan pelajar tahun akhir di asrama terutamanya bagi pelajar tingkatan lima dan enam.

Di samping itu, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pelajar dan warden serta menerapkan rasa kesyukuran dalam diri semua pihak yang terlibat.

Persiapan Awal
Antara yang Diraikan
Persembahan Pelajar
Catwalk
Cabutan Bertuah
Anugerah Khas
Ucapan Pengetua & Gimik Penutup
Persembahan Pelajar Tingkatan 6


Sekalung penghargaan serta terima kasih kepada

KOPERASI SMK LUBOK CHINA BERHAD

TUAN HAJI RIDZA BIN SUHAIMI (FARMASI AKTIF)

ENCIK MOHD KHAIRUL (BAIRUL ENTERPRISE)

dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Monday 19 October 2015

Jerebu oh jerebu (Part 4)



Ketika cerita jerebu hampir dilupakan, kita dikejutkan lagi dengan pengumuman cuti pada 19 hb Oktober 2015 dan diikuti pengumuman seterusnya 20 hb Oktober juga diisytiharkan cuti. Semasa entry ini ditulis, bacaan IPU terkini adalah 158 dan berada pada status 'tidak sihat'. Jumlah cuti jerebu sehingga kini adalah 6 hari iaitu pada 15 Sept, 29 Sept, 5 & 6Okt dan 19 & 20 Okt....semoga semua guru dan calon SPM bijak merancang persiapan menghadapi peperiksaan SPM & STPM yang semakin hampir. Kejayaan itu mahal. 
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي 


Ucapan takziah buat admin utama blog ini, cikgu Azrizal kerana bapa mertuanya telah pulang ke rahmatullah pada hari ini. Janji Allah itu pasti...sesungguhnya kita dan kematian itu sangat dekat. 
لا تحزنْ انا الله معنا

Friday 16 October 2015

Tamatnya Peperiksaan PT3 2015

15 Oktober 2015

Alhamdulillah. Selesainya kertas Bahasa Arab PT3 pada jam 4.30 petang maka tamatlah ujian bertulis PT3 2015. Jutaan terima kasih kepada semua warga SMK Lubok China, barisan pentadbir, guru-guru, staff sokongan, pekerja swasta, unit kebajikan dan Panitia Pendidikan Islam di atas segala sumbangan kudrat tenaga, alat tulis dan juga wang ringgit dalam melancarkan pentadbiran ujian bertulis ini. Puan Siti Soleha Binti Yunus, Penyelaras PT3


Amanat dari Ayahanda SMK Lubok China, Tuan Hj Hussin Bin Sirun
Ujian bertulis PT3 hari terakhir

Sumber Gambar : Encik Zaifulnizam Bin Ahmad & Puan Syarifah Bt Kahar

Thursday 15 October 2015

Kembara Huffaz Pelajar KKQ Negeri Melaka


Lawatan pelajar Tingkatan Lima KKQ negeri Melaka ke Darul Quran
Sumber Gambar : Ustazah Nurhidaya Bt Wasmon
Keratan Akhbar
Semoga kecintaan terhadap Al Quran meningkat selepas mendapat pendedahan melalui lawatan ini... 
 ان شاء الله 

Wednesday 14 October 2015

Salam Maal Hijrah


Tips hijrah:

1. Niat semata-mata kerana Allah swt
2. Mulakan dengan diri sendiri, jangan mengharap orang lain berubah sedangkan diri sendiri masih di takuk lama
3. Mulakan secara perlahan, bukan secara drastik takut tak istiqamah
4. Lakukan sekarang, jangan bertangguh kerana semakin ditunggu semakin berat terasa
5. Sentiasa menambah ilmu agar hijrah tidak kecundang di tengah jalan
6. Cari kawan orang baik kerana langkah hijrah menjadi lebih mudah
7. Teruskan berdoa kerana kuasa doa itu sangat hebat

Sekadar perkongsian....بارك الله



Walau pun bercuti, masih ada beberapa orang guru mengadakan kelas pecutan akhir demi anak-anak didik tersayang.  جزاك اللهُ خيراً