Saturday, 12 September 2015

Kemuncak Hari Kokurikulum (10 September 2015)

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari Kokurikulum SMK Lubok China 2015 yang dilancarkan pada 14 Ogos 2015 sehingga hari kemuncaknya pada 10 September 2015. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari kokurikulum antaranya pertandingan catur, sahibba, karom, scrabble, congkak, melukis, memasak, sepak raga bulatan, ping pong dan spell it right.

Antara pengisian pada hari kemuncak hari kokurikulum ini ialah pertandingan kawad kaki, pameran badan beruniform dan agensi luar serta gerai jualan yang dikelolakan oleh kelab dan persatuan di SMK Lubok china.

Majlis penutup hari kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Encik Hameed Bin Mk. Basheer, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI


GERAI JUALAN


PAMERAN BADAN BERUNIFORM



MAJLIS PENUTUP


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah , Hari Kokurikulum telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat samada jawatankuasa mahupun guru-guru penasihat yang menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti pameran dan gerai jualan.

SMK LUBOK CHINA HEBAT CEMERLANG

Puan Sepiah Binti Ibrahim
GPK Kokurikulum SMK Lubok China

Taklimat Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Teknik (SMT) 2016 (11 SEPT 2015)

Satu taklimat kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Teknik (SMT) 2016 telah diadakan di dewan SMK Lubok China pada jam 11.00 tengahari untuk semua pelajar Tingkatan 3 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. 



Pelajar yang berminat boleh ke link berikut:
http://www.mysumber.com/permohonan-2015-kolej-vokasional-kv-dan-sekolah-teknik-smt.html

Diharapkan guru-guru dapat membantu pelajar untuk akses ke laman tersebut jika ada pelajar yang memerlukan bantuan.
Semoga para pelajar bijak memilih hala tuju masa hadapan mereka kerana bidang T&V juga menjanjikan masa depan yang cerah buat pelajar. Tabarakallah.


Tuesday, 8 September 2015

2 Hari Lagi


2 HARI LAGI

Kelas Juak & Permata PT3 (5 SEPT 2015)

Program Juak & Permata PT3 ini diadakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi peperiksan PT3 yang bakal tiba.


Zumba Fitness (5 SEPT 2015)

Aktiviti senamrobik diketuai oleh Tuan Hj. Muhammad Zakaria b Abdul Hadi. Tahniah! Lebih Ramai lagi akan menyusul nanti. Hebat Cemerlang, Cergas Ceria Fizikal dan Minda

Tuan Hj Hussin b Sirun
Pengetua SMK Lubok China


Latihan Tarian untuk Persembahan Hari Kokurikulum

Persembahan tarian yang bakal dipersembahkan pada Hari Kokurikulum ini disertai oleh pelajar-pelajar india SMK Lubok China di bawah pimpinan Tuan Hj Muhammad Zakaria b Abdul Hadi.





Tuan Hj Muhammad Zakaria b Abdul Hadi
Guru Penasihat
Kelab Seni & Budaya SMK Lubok China