Sunday, 20 March 2016

Sukan Tara 2016

1 - 2 Mac 2016


Program yang melibatkan seluruh warga SMK Lubok China ini menggalakkan para pelajar untuk terus bersaing dalam menaikkan mata rumah sukan masing-masing sebgai persediaan bagi Hari Sukan sekolah pada 10 Mac 2016. Rumah Wira telah dinobatkan sebagai johan sukantara 2016.


1 Mac 2016


2 Mac 2016

LADAP - QNET

25 Februari 2016

QNET merupakan satu kaedah bagi membantu pihak sekolah dalam menetapkan sasaran kecemerlangan pelajar. QNET ini bertujuan memudahkan semua pihak melaksanakan Program Intervensi berdasarkan pencapaian murid. Selain itu QNET juga memudahkan pihak sekolah melakukan post mortem serta tindakan yang lebih terarah. QNET juga merupakan usaha yang berterusan dan dapat melakukan kerja-kerja yang berfokus bagi menjamin peningkatan prestasi akademik dari kualiti dan kuantiti benarbenar berlaku di semua peringkat.

LADAP ini telah disampaikan oleh Encik Abd Jabar Bin Md Yusup, GKMP Sains dan Matematik SMK Lubok China.


Pelancaran Program NILAM

19 Februari 2016

Program NILAM diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca secara terancang dalam kalangan pelajar. Program ini juga dapat menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Justeru itu Bidang Bahasa SMK Lubok China telah mengadakan pelancaran program NILAM ini yang disempurnakan oleh En Visava Nathan a/l Matchap, GPK Pentadbiran SMK Lubok China.




Karnival Segak 2016

15 - 18 Februari 2016

Karnival Segak julung-julung kali diadakan bagi membolehkan setiap pelajar mengetahui tahap kecergasan masing-masing. Beberapa ujian perlu dijalani oleh setiap pelajar iaitu tekan tubi, ringkuk tubi separa, jangkauan melunjur dan naik turun bangku. Program ini melibatkan semua pelajar SMK Lubok China. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang telah menjayakan program tersebut.

Tekan Tubi

Ujian Jangkauan Melunjur
Naik Turun Bangku

Friday, 12 February 2016

Kursus Induksi Pegawai Waran II PKBM(L) Peringkat Kebangsaan

5 Februari 2016

Bintara Kanan PKBM (L) SMK Lubok China Aiman Bin Ismail telah menyertai Kursus Induksi Pegawai Waran II PKBM(L) Peringkat Kebangsaan diiringi oleh Cik Afzan Binti Awang yang merupakan salah seorang guru penasihat PKBM (L) SMK Lubok China. Kursus ini dijalankan di Kem Paya Pahlawan Jitra Kedah pada 2 hingga 5 Februari 2016.

Aiman Bin Ismail telah lulus setiap ujian yang telah dijalankan dan telah dinaikkan pangkat kepada Pegawai Waran II PKBM(L) dengan mendapat gelaran Encik. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat membawa PKBM(L) untuk terus cemerlang bagi masa mendatang.




Thursday, 11 February 2016

Mesyuarat Kecemerlangan

4 Februari 2016

Semoga SMK Lubok China terus cemerlang dalam mencapai target yang telah ditetapkan

Tuesday, 2 February 2016

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar

01 Februari 2016

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2016 melibatkan pemimpin-pemimpin pelajar yang baru. Antara rasional majlis ini dijalankan ialah untuk membentuk peribadi unggul pelajar yang terpilih selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Inspektor Awang Hamad Bin Abdullah dari IPD Alor Gajah yang juga merupakan Pegawai Perhubungan SMK Lubok China.