Tuesday, 31 May 2016
Monday, 30 May 2016
Bengkel Cuti Sekolah Untuk Pelajar PT3 & SPM
Program Cuti Sekolah
Tahniah kepada murid-murid yang hadir pada cuti sekolah untuk menimba ilmu sebagai persediaan dan persiapan peperiksaan PT3 & SPM
Dan sekalung penghargaan kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa cutinya dengan menghadirkan diri ke sekolah bagi mencurahkan segala ilmu untuk semua murid SMKLC
SMKLC HEBAT CEMERLANG!!!

![]() |
| Jadual Untuk Pelajar PT3 |
![]() |
| Jadual untuk Pelajar SPM |
Friday, 29 April 2016
Al-Fatihah.....
Warga Smk Lubokchina Lubok China sedang berduka cita atas kehilangan salah seorg anak smklc petang semalam dalam kemalangan jln raya d hadapan sekolah...
Majlis bacaan yaasin di ketuai oleh al-fadhil ustz Daniel b Othman
Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan para syuhada...
Amin.......
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209811572074907&id=1500356835

Friday, 1 April 2016
Majlis Persaraan Cikgu Jasni
31 Mac 2016
Sekalung penghargaan buat Tuan Hj Jasni Bin Abdul Rahman yang bersara pada 31 Mac 2016. Beliau telah berkhidmat di SMK Lubok China lebih 30 tahun dan SMK Lubok China merupakan satu-satunya sekolah tempat beliau berkhidmat. Jasa dan bakti beliau dalam mendidik anak bangsa tidak dapat dilupakan. Terima Kasih Cikgu.

Sambutan di peringkat Sekolah
![]() | ![]() |
|
|
|
Hotel Ilham Port Dickson
Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2015
30 Mac 2016 - Dewan Auditorium Kompleks Al-Falak Al-Khawarizmi
Majlis ini telah berlangsung Kompleks Ai-Khawarizmi di mana seramai 311 orang penjawat awam sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tersebut. 7 orang guru dan seorang staf sokongan SMK Lubok China adalah antara yang mendapat anugerah ini.
Pn Hadijah Binti Sabtu (GKMP Teknik Vokasional)
Pn Rosmah Binti Ja'apar
Ustazah Noraini Binti Mohamad
Pn Shalina Binti Mohd Sharif
Cik Intan Safina Binti Ismail
En Mohd Nasrun Bin Abdul Karim
En Azrizal Bin Zainal
Pn Bushro Binti Yashak (Pembantu Tadbir)
Tuesday, 29 March 2016
Mesyuarat PIBG
26 Mac 2016 - Dewan SMK Lubok China
Mesyuarat PIBG telah diadakan melibatkan warga SMK Lubok China dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan penjaga para pelajar. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Zaini Bin Ibrahim dari Pengarah IRZI SDN BHD yang turut memberi sumbangan sebanyak RM 20000 kepada PIBG SMK Lubok China.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyampaian sijil penyertaan kepada AJK PIBG sesi 2014/2016, penyampaian anugerah cemerlang kepada para pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam PT3, SPM dan STPM 2015, cabutan bertuah dan juga acara kemuncak iaitu mesyuarat PIBG.
Ibubapa dan penjaga juga turut berpeluang untuk mengetahui keputusan ujian 1 anak masing-masing di kaunter yang telah disediakan.
|
|
|
|
|
|
Ladap VLE Frog
23 - 24 Mac 2016 - Makmal ICT SMK Lubok China
Pada 23 dan 24 Mac 2016 warga pendidik SMK Lubok China telah menyertai Latihan dalam Perkhidmatan tentang Pembinaan Siates menggunakan VLE Frog. Ladap ini dikelolakan oleh unit pembestarian ICT SMK Lubok China. Program ini dijalankan selama dua hari, bidang sains dan matematik dan bidang kemanusiaan pada 23 Mac 2016 (Rabu) manakala bidang bahasa dan bidang teknik dan vokasional pada 24 Mac 2016 (Khamis).
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)