Monday 31 August 2015

Perkhemahan Kokurikulum 2015 (21-22 OGOS 2015)

Perkhemahan ini diadakan di padang SMK Lubok China yang disertai oleh 55 orang pelajar yang dari kesemua badan-badan uniform di SMK Lubok China.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Kawad Kaki, Pertolongan Cemas, Tali Temali, Senamrobik, Explorace dan pertandingan memasak.

Perkhemahan ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat bekerjasama, berdisiplin, mendengar arahan dan cinta akan ilmu dalam kalangan peserta.

Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMK Lubok China bersama semua guru dan 10 orang pelajar sebagai urusetia.




No comments:

Post a Comment