Tuesday 1 September 2015

Jumbo Sale Sempena Hari Kokurikulum 2015

Jumbo Sale ini dikelolakan oleh kelab robotik hasil cetusan idea Puan Sepiah Binti Ibrahim, GPK Kokurikulum SMK Lubok China. Tujuan utama Jumbo Sale ini diadakan bagi menambah dana kelab robotik untuk menaiktaraf kelengkapan robotik sedia ada kepada yang lebih terkini mengikut keperluan aktiviti dan pertandingan.

Jumbo Sale ini diadakan bermula 1 hingga 9 Ogos 2015 pada setiap waktu rehat pelajar. Antara barangan yang dijual adalah majalah, shawl, tudung, minyak wangi, kerongsang, teddy bear dan pakaian. Barangan-barangan ini adalah hasil sumbangan guru-guru, pelajar dan masyarakat luar. Terima kasih atas sumbangan. Semoga aktiviti ini berjalan lancar dan menghasilkan pulangan yang lumayan.



No comments:

Post a Comment