Saturday 12 September 2015

Kemuncak Hari Kokurikulum (10 September 2015)

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari Kokurikulum SMK Lubok China 2015 yang dilancarkan pada 14 Ogos 2015 sehingga hari kemuncaknya pada 10 September 2015. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari kokurikulum antaranya pertandingan catur, sahibba, karom, scrabble, congkak, melukis, memasak, sepak raga bulatan, ping pong dan spell it right.

Antara pengisian pada hari kemuncak hari kokurikulum ini ialah pertandingan kawad kaki, pameran badan beruniform dan agensi luar serta gerai jualan yang dikelolakan oleh kelab dan persatuan di SMK Lubok china.

Majlis penutup hari kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Encik Hameed Bin Mk. Basheer, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI


GERAI JUALAN


PAMERAN BADAN BERUNIFORM



MAJLIS PENUTUP


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah , Hari Kokurikulum telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat samada jawatankuasa mahupun guru-guru penasihat yang menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti pameran dan gerai jualan.

SMK LUBOK CHINA HEBAT CEMERLANG

Puan Sepiah Binti Ibrahim
GPK Kokurikulum SMK Lubok China

3 comments:

  1. Tahniah dan terima kasih kpd 7 unit badan uniform yang memberikan sokongan kpd pertandingan kawad kaki. Syabas ...

    ReplyDelete
  2. Memang meriah hari koku tahun ni. Tahniah kepada semua jawatan kuasa yang terlibat. Apa yang penying adalah kerjasama berpasukan. Buangkan sikap pentingkan diri sendiri dan sikap suka menolak tugas dan ingkar perintah demi memartabatkan semula nama sekolah kita. Barulah kita boleh berbangga dengan trademark yang kita sering laungkan iaitu.........

    "SMKLC HEBAT CEMERLANG!!!!!!!"

    ReplyDelete
  3. http://rekaciptasmklc.blogspot.my/2015/09/program-hari-koku-2015.html

    ReplyDelete