Monday 19 October 2015

Jerebu oh jerebu (Part 4)



Ketika cerita jerebu hampir dilupakan, kita dikejutkan lagi dengan pengumuman cuti pada 19 hb Oktober 2015 dan diikuti pengumuman seterusnya 20 hb Oktober juga diisytiharkan cuti. Semasa entry ini ditulis, bacaan IPU terkini adalah 158 dan berada pada status 'tidak sihat'. Jumlah cuti jerebu sehingga kini adalah 6 hari iaitu pada 15 Sept, 29 Sept, 5 & 6Okt dan 19 & 20 Okt....semoga semua guru dan calon SPM bijak merancang persiapan menghadapi peperiksaan SPM & STPM yang semakin hampir. Kejayaan itu mahal. 
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي 


Ucapan takziah buat admin utama blog ini, cikgu Azrizal kerana bapa mertuanya telah pulang ke rahmatullah pada hari ini. Janji Allah itu pasti...sesungguhnya kita dan kematian itu sangat dekat. 
لا تحزنْ انا الله معنا

No comments:

Post a Comment