Monday 1 February 2016

Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Asrama

Pada 3 hingga 10 Januari 2016 telah diadakan Program Minggu Orientasi Pelajar Asrama yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai kehidupan asrama serta merapatkan hubungan silaturrahim antara penghuni asrama baru dan lama.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran yang diadakan pada 3 Julai 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada minggu orientasi ini antaranya sesi ice breaking, pengenalan biro kepimpinan asrama, menara impian, Running Man, Explorace, Malam Kebudayaan, Gotong-Royong dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan pada waktu riadah petang dan diteruskan pada waktu malam.

Program ini berakhir pada 10 Januari 2016 dan telah dirasmi penutup oleh Tuan Haji Hussin Bin Sirun, Pengetua SMK Lubok China. Antara yang turut serta pada program ini ialah Puan Hajah Nor Azizah Binti Alias, GPK HEM, barisan warden dan juga rakan warden.

Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini.


Pendaftaran
Sesi Taklimat & Pengenalan Biro
Running Man
Menara Impian
Explorace
Latihan Malam Kebudayaan
Malam Kebudayaan
Majlis Penutup Dirasmikan Oleh Tuan Pengetua

No comments:

Post a Comment