Tuesday, 8 September 2015

Pertandingan Nyanyian Solo Sempena Hari Kokurikulum (3 SEPT 2015)

Pertandingan nyanyian solo ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar SMK Lubok China dan memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan diri masing-masing. Syabas dan tahniah kepada pelajar yang terlibat.


Dikelolakan Oleh


1. Pn. Noradilah Bt Kamal
2. Pn. Aiza Azwana Bt Aris
3. En. Muhamad Najib B Abdul Rahman


Pertandingan Sepak Raga Bulatan Sempena Hari Kokurikulum (3 SEPT 2015)



3 Kumpulan Beraksi

1. Team Datin Z
2. Team Tsaqif
3. Team Aiman

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada HARI KOKURIKULUM (10 September 2015

Dikelolakan Oleh





En. Masran Bin Lanaba
Guru Penasihat Kelab Sepak Takraw
SMK Lubok China

Tuesday, 1 September 2015

Jumbo Sale Sempena Hari Kokurikulum 2015

Jumbo Sale ini dikelolakan oleh kelab robotik hasil cetusan idea Puan Sepiah Binti Ibrahim, GPK Kokurikulum SMK Lubok China. Tujuan utama Jumbo Sale ini diadakan bagi menambah dana kelab robotik untuk menaiktaraf kelengkapan robotik sedia ada kepada yang lebih terkini mengikut keperluan aktiviti dan pertandingan.

Jumbo Sale ini diadakan bermula 1 hingga 9 Ogos 2015 pada setiap waktu rehat pelajar. Antara barangan yang dijual adalah majalah, shawl, tudung, minyak wangi, kerongsang, teddy bear dan pakaian. Barangan-barangan ini adalah hasil sumbangan guru-guru, pelajar dan masyarakat luar. Terima kasih atas sumbangan. Semoga aktiviti ini berjalan lancar dan menghasilkan pulangan yang lumayan.



Tahniah Pesilat SMK Lubok China dan Guru Penasihat (1 OGOS 2015)

Tahniah kepada pesilat SMK Lubok China, Mohamad Fareez bin Mohamed Faudzi dan guru penasihat Kelab Silat SMK Lubok China yang menerima anugerah atas kejayaannya merangkul Naib Johan kategori Seni Tari Silat Putera Sekolah Menengah dalam Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan. Anugerah disampaikan oleh Datuk Hj Md Rashid Bin Hj Hussin, Pengarah Pendidikan Melaka sempena perjumpaan bulanan JPN Melaka di JPN Bukit Katil.

SMK LUBOK CHINA HEBAT CEMERLANG



Perarakan Kemerdekaan PKBM (Laut) SMK Lubok China & SMK Tun Tuah

Raptai & Perarakan Kemerdekaan Kontinjen Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) SMK Lubok China & SMK Tun Tuah


28 OGOS 2015 - Raptai Hari Pertama

29 OGOS 2015 - Raptai Hari Kedua

31 OGOS 2015 - Perarakan Kemerdekaan

Terima kasih kepada pihak TLDM - KD Sri Gombak yang diwakili oleh PW 1 PAP GI Mat Ali Bin Dol, semua guru SMK Lubok China dan SMK Tun Tuah dan juga barisan kadet yang terlibat dalam menjayakan perarakan kemerdekaan ini.



Pertandingan Sahibba Sempena Hari Kokurikulum (27 OGOS 2015)




Dikelolakan Oleh Puan Noor Hayati bt Aliasan





Pertandingan Catur Terbuka Hari Kokurikulum (25-26 OGOS 2015)

Dikelolakan oleh Pn Sharina Bt Ismail & Cik Izatul Suhaiza Yaacop