Tuesday, 2 February 2016

Program Guru Penyayang dan Jom Sekolah

25 Januari 2016





Slmat hr lahir smua warga Smk Lubokchina Lubok China yg lahir pd bln januari......

Posted by Syarifah Kahar on Sunday, January 24, 2016

Gotong Royong Asrama

23 Januari 2016

Seluruh warga asrama SMK Lubok China bersama-sama menjayakan Gotong Royong asrama tidak lain tidak bukan bertujuan mewujudkan suasana bersih dan ceria serta melahihirkan semangat bekerjasama dan bersepadu dalam kalangan warga Asrama SMK Lubok China.

Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ARPRM

20 Januari 2016

Taklimat program ARPRM untuk pelajar-pelajar SMK Lubok China dan para oleh Encik Azrizal Bin Zainal yang merupakan salah seorang Pemimpin ARPRM di SMK Lubok China.

Projek Meja Bermaklumat

17 Januari 2016 - Kantin SMK Lubok China

Hasil usaha Cikgu Nurhanim Binti Hashim, Cikgu Dayang Kusnah Binti Tail, Cikgu Nurfatin Liyana Binti Zainol, Cikgu Rosmah Binti Ja'apar dan pengawas PSS telah merealisasikan projek Meja Bermaklumat di kantin SMK Lubok China. Tidak dilupa Cikgu Maimunah binti Kassim yang memberi sumbangan kain Skirting. 


Projek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

16 Januari 2016

Projek PSK ini adalah di bawah bimbingan Cikgu Maimunah Binti Kassim bersama para pelajar dan pekerja am SMK Lubok China. Terima kasih  atas sumbangan tenaga semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Maulidur Rasul Asrama

14 Januari 2016 - Surau Asrama SMK Lubok China


Rabiulawal bulan yang mulia
Terkenang kita rasul pilihan
Nabi Muhammad pemimpin umat
Membawa rahmat membawa berkat
Ya Rasulallah ya habiballah
Ya Rasulallah ya habiballah

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Asrama telah dijalankan di Surau Asrama SMK Lubok China pada 14 Januari 2016 yang lepas. Antara pengisian program yang dijalankan ialah Bacaan Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Haji Tarmizi Bin Razali, Mari Berselawat yang dipimpin oleh warga aspura dan Ceramah Maulidur Rasul yang juga disampaikan oleh Ustaz Haji Tarmizi Bin Razali.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Puan Hajah Nor Azizah Binti Alias, GPK HEM SMK Lubok China, Pengurusan Asrama dan rakan-rakan guru.

Bacaan Yaasin & Tahlil

Mari Berselawat
     
Ceramah Maulidur Rasul


Monday, 1 February 2016

Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Asrama

Pada 3 hingga 10 Januari 2016 telah diadakan Program Minggu Orientasi Pelajar Asrama yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai kehidupan asrama serta merapatkan hubungan silaturrahim antara penghuni asrama baru dan lama.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran yang diadakan pada 3 Julai 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada minggu orientasi ini antaranya sesi ice breaking, pengenalan biro kepimpinan asrama, menara impian, Running Man, Explorace, Malam Kebudayaan, Gotong-Royong dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan pada waktu riadah petang dan diteruskan pada waktu malam.

Program ini berakhir pada 10 Januari 2016 dan telah dirasmi penutup oleh Tuan Haji Hussin Bin Sirun, Pengetua SMK Lubok China. Antara yang turut serta pada program ini ialah Puan Hajah Nor Azizah Binti Alias, GPK HEM, barisan warden dan juga rakan warden.

Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini.


Pendaftaran
Sesi Taklimat & Pengenalan Biro
Running Man
Menara Impian
Explorace
Latihan Malam Kebudayaan
Malam Kebudayaan
Majlis Penutup Dirasmikan Oleh Tuan Pengetua